PEMUPUKAN KELAPA SAWIT
Rabu, 16 Desember 2009
Dalam dunia, didapati 650 spesis lintah yang telah wujud dikawasan paya, kolam, laut dan kawasan berair. Seekor lintah mempunyai kedua-dua jenis organ pembiakan iaitu jantan dan betina. Walau pun begitu, ia tidak boleh membiak secara sendiri tetapi perlu megawan dengan lintah lain untuk membiak. Kebanyakkan lintah memiliki penghisap di bahagian hujung badannya untuk berpegang pada perumah ketika makan. Sesetengah lintah memiliki organ penghisap yang dimasukkan untuk menghisap keluar cecair.
Lintah penghisap darah perlu mempunyai kemahiran untuk makan. Air liur mereka mengandungi bahan bius, bahan anti pembekuan darah dan bahan kimia yang membantu penghasilan bahan kimia melalui tisu setempat. Factor penyebaran ini memecahkan ikatan semen yang mengikat sel bersama dan ia juga menunjukkan sebagai bahan antibiotic yang berkesan. Lintah itu juga mempunyai bacterium Aeromonan hydrophila. Bacteria ini digunakan oleh lintah untuk mencerna darah dan ia sebenarnya menhasilkan bahan antibiotic untuk membunuh bacteria lain yang mungkin menyebabkan pembekuan.
Kajian perubatan terus menemui bahan-bahan kimia yang menarik dalam air liur lintah dari spesis yang lain. Di Amazon, lintah menghasilkan bahan anti pembekuan darah dikenali sebagai hematin. Bahan ini menyerang fibrinogen dan mempunyai potensi sebagai antipembekuan yang berkesan. Pada masa kini, kejuruteraan genetic digunakan untuk menghasilkan hematin dalam kuantiti yang banyak.
Fakta Lintah
- terdapat 650 spesis lintah
- lintah terbesar dijumpai berukuran 18 inci
- kira-kira 1/5 dari sepsis lintah hidup dilaut yang mana memakan ikan
- lintah mempunyai 32 otak iaitu 31 lebih dari manusia
- lintah Hirudo mengeluarkan anak dalam kokun dimana lintah itu membawa anak-anaknya diatas perut sendiri. Kadangkala mencapai sebanyak 300 ekor
- tidak semua lintah adalah penghisap darah.kebanyakkannya adalah pemburu yang memakan cacing tanah dan lain-lain.
- Lintah Amazon menggunakan kaedah yang berlainan untuk menghisap darah. Ia memasukkan proboscic panjang ke dalam mangsa tanpa menggigitnya
- Gigitan lintah tidak menyakitkan kerana mempunyai bahan bius
- Lintah Hirido menyuntik anti pembekuan serum ke dalam mangsanya untuk mengelakkan pembekuan darah
- Lintah akan mengembang sendiri sehingga kenyang dan jatuh dari mangsa dengan sendiri
- Lintah akan memgembang sendiri sehingga 5 kali berat badannya
- Lintah pertama yang digunakan dalam perubatankira-kira pada 1000 sebelum masihi. Kemungkinan ketika India purba
- Pada masa lampau, orang ramai akan berdiri di tepi tasik dan kolam, bila lintah melekat pada kaki mereka, ia dimasukkan dalam bakul untuk dijual. Pada masa kini, lintah Hirudo merupakan spesis terancam
- Pakar bedah yang asal adalah seorang tukang dan mereka menggunakan lintah untuk memulihkan apa sahaja penyakit bermula dari sakit kepala ke penyakit gaut
- Sistem saraf lintah mempunyai banyak persamaan dengan sistem saraf manusia
- Saudara terdekat lintah adalah cacing tanah
- Lintah boleh menggigit walaupun pada paha badak air yang tebal
0 komentar:
Posting Komentar