PEMUPUKAN KELAPA SAWIT

Kamis, 17 Desember 2009

Diposting oleh MANDALA

Terdapat 500 jenis sepsis lintah di seluruh dunia tetapi hanya satu jenis sahaja yang digunakan dalam industri perubatan farmaseutikal iaitu hirudo medicinalis atau lebih dikenali sebagai lintah sawah.

Lintah sawah boleh diperolehi di sawah padi atau di sungai. Ia mempunyai satu jalur kuning di bahagian bawah perut, di bahagian bawah perut lintah pula terdapat warna hijau dan coklat, manakala bahagian atas lintah berbulu.

Dahulu tidak ramai yang tahu khasiat lintah, sebenarnya lintah mempunyai kelebihan sebagai antikoagulan iaitu pencair darah. Lintah digunakan untuk rawatan kesan luka, darah beku dan di eropah lintah digunakan untuk rawatan menyambung tangan, telinga putus dan sambung semula urat-urat.

Enzim yang digunakan dalam perubatan
Ekstrak Hirudin – mengurangkan pembentukan pembekuan darah dan melancarkan darah, mampu merawat penyakit seperti sejuk tangan, sakit otot, kejang otot dan sengal2 badan.

  1. Ekstrak Pheromone – merupakan hormone yang mengeluarkan bau yang menarik perhatian pasangan. Berguna dalam masalah hubungan seksual.
  2. Ekstrak Histamin – histamine membesarkan saluran darah dan mencergaskan aliran darah, menyelesaikan masalah lemah tenaga batin kerana melancarkan aliran darah di bahagian kemaluan lelaki.
  3. Ekstrak Nitric Oxide – mempercepatkan peredaran darah pada wanita dan membantu meningkatkan hubungan seksual.

Produk lintah Art Soulist Holding
Syarikat ini berjaya memasarkan 2 jenis produk, iaitu produk siap dan separuh siap. Antara keluaran produk siap adalah Tapa café, minyak lintah Tapa, DDslim dan Tapa Teruna Juice.

Produk separuh siap pulak ialah ekstrak serbuk, ekstrak cecair dan ekstrak minyak.

Ternakan
Bekalan lintah boleh diperolehi dari pada pesawah atau orang kampong sebagai permulaan. Bila sudah ada lintah boleh diternak. Ini kerana bekalan lintah daripada sawah adalah sukar untuk diperolehi dan berkurangan pada masa kini kerana penggunaan racun serangga dan pembinaan rumah.

Ternakan lintah secara perladangan semulajadi dengan menggunakan tapak asal sawah padi dengan keluasan lebih kurang 60×20 kaki dan dijadkan kolam. Air kola perlu dikawal tahap keasidan atau ph air apabila berlaku hujan, tahap ph yang sesuai adalah diantara 4.5 – 8. jenis tanah tidak menjadi masalah, tetapi lokasi perlu jauh dari kawasan banjir.

Pokok kiambang digunakan untuk memerangkap sisa-sisa kotoran sekali gus menjernihkan air kolam.

Belut digunakan sebagai sumber darah bagi lintah untuk mengawan dan membiak. Oleh itu tidak perlu beri belut pada lintah setiap hari. Seekor belut boleh digunakan oleh 100 ekor lintah dan seekor ikan untuk 30 ekor lintah. Makanan utama lintah adalah lumut dan mikrob dalam air.

Harga lintah
Dipasaran pengusaha menjual lintah dengan pelbagai harga, tetapi kebiasaan sekilo lintah berharga RM60 dan ada yang menjual RM1-RM2 bagi seekor lintah.

Kemudahan menjalankan perniagaan lintah
Pinjaman peribadi Bank Agro, MARA dan Bank Rakyat.


INFO: Lintah
  • Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.
  • Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.
  • Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung sehingga mencecah RM120 sekilogram.
  • Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg belut.
  • Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak, larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
  • Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya.
  • Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali bertelur.
  • Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan sperma ke badan pasangan.
  • Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
  • Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.
Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam bakul untuk dijual.

0 komentar:

Posting Komentar

Join 4Shared Now! Join 4Shared Now! Join 4Shared Now! Get 4Shared Premium!

Mengenai Saya

Foto saya
SINGKIL, NAD, Indonesia
SAYA ORANGNNYA SIMPLE DAN SELALU TERTARIK DENGAN HAL - HAL YANG BERBAU TEKNOLOGI DAN ILMU PENGTAHUAN. DAN SAYA TIDAK SUKA DENGAN KEKERASAN SERTA KEKEJAMAN. YANG PENTING MENURUT SAYA DAMAI ITU INDAH....
free counters